Khidmat pengurus Manchester United, David Moyes mungkin sampai ke penghujung selepas kurang setahun berada di Old Trafford. Menurut laporan yang tersebar dan dilaporkan di beberapa laman web akhbar Britain hari ini, Moyes bakal dipecat oleh United dan akan dipaksa keluar sebelum penghujung musim ini. Kelab itu bagaimanapun belum lagi mengeluarkan komen rasmi mengenai spekulasi lewat hari ini, namun beberapa akhbar terkemuka Britain menjangkakan Moyes akan dikeluarkan.

“Mereka (United) perlu menjelaskan mengenai kedudukan (Moyes) segera,” kata bekas pertahanan United, Gary Neville yang menyifatkan cara kelab itu menangani situasi berkenaan amat ‘buruk’. Purata pengurus dipecat setiap 12 bulan dan saya sering menyatakan Manchester perlu berlainan, mempertahankan diri mereka melebihi asas kepentingan kelab yang tidak sejajar dengan apa yang diperoleh daripada keputusan perlawanan,” katanya.

david moyes

Sejak Moyes membimbing United, kelab itu kini berada di kedudukan ketujuh Liga Perdana Inggeris dan gagal mempertahankan kejuaraan musim lalu. Malah, kekalahan 2-0 kepada Everton, Ahad lalu menyaksikan kelab itu terkeluar dari saingan dalam Liga Juara-Juara Eropah untuk pertama kali sejak 19 tahun.

Moyes yang dipilih sendiri oleh Alex Ferguson bagi menggantikannya selama 27 tahun sebagai pengurus United, hujung musim lalu, menerima kontrak berkhidmat selama enam tahun di Old Trafford. Moyes membimbing United sehingga ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah sebelum tewas kepada Bayern Munich, namun prestasinya di liga domestik England adalah di luar daripada tahap tinggi.

Akhbar British melaporkan Ryan Giggs, mungkin pengganti sementara Moyes manakakala pengurus Belanda, Louis van Gaal dan jurulatih Borussia Dortmund, Juergen Klopp kini dikaitkan untuk mengisi kekosongan di Old Trafford.- AFP

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.