FERGUSON SASAR RAIH 6 KEMENANGAN | Alex Ferguson mendesak pemain-pemain Manchester United memberi aksi terbaik mereka dalam enam perlawanan selepas ini bagi mencerahkan laluan mereka merangkul kejayaan treble. Pengurus The Red Devils itu beranggapan jadual perlawanan bulan depan adalah penentu terhadap nasib mereka dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Ia bermula dengan perlawanan menentang Arsenal malam ini, termasuk berdepan Liverpool dalam kempen Piala FA dan aksi Liga Perdana England dengan Stoke serta Chelsea dan juga Ajax dalam Liga Europa. Ferguson berkata: “Ini adalah permulaan kepada jadual perlawanan yang padat bagi kami. Ia satu jadual perlawanan yang menakjubkan yang akan menjadi penentu kepada nasib kami.

“Semua perlawanan itu bukannya mudah tetapi mereka semua (pencabar utama) mungkin tidak sabar untuk berdepan dengan kami.”

Ferguson juga memuji pemainnya kerana terus memberi saingan dalam perebutan gelaran liga selain turut mara ke pusingan keempat Piala FA dengan menewaskan Manchester City meskipun dilanda kri- sis kecederaan. Beliau berharap kehadiran semula Ashley Young dan Tom Cleverley sejak dua minggu lepas akan memperkuatkan lagi pasukan kendaliannya itu.

United bangkit daripada kekalahan mengejutkan kepada Blackburn dan Newcastle dengan menumpaskan City dan Bolton dua minggu lalu. Ferguson berkata: “Apabila tiba bulan Mac, pemain yang masih cergas akan mula memberi impak.”

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.