Laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam hari ini, dipercayai tengah hari tadi – sehari selepas Presidennya Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa timbalan baginda, Tan Sri Annuar Musa telah melakukan “kesalahan besar” dan akan berhadapan dengan hukuman berat bulan depan.
Penggodam yang hanya menggelar mereka “Mesej dari rakyat_marhein” antara lain meninggalkan beberapa foto dan karikatur yang menggambarkan seolah-olah FAM mengawal dan cuba menutup mulut pegawai-pegawai kanannya daripada membuat kenyataan media.
Sumber Gambar : www.ammboi.com
Selain itu, penggodam juga mesej meminta FAM dirombak semula dan mahu presidennya meletakkan jawatan. Serangan penggodam ini bukan kali pertama ke atas laman web FAM. Ia pernah digodam beberapa kali ketika FAM dan sukan bola sepak negara berhadapan dengan kontroversi. Antaranya, FAM telah digodam Oktober lalu berikutan isu kenaikan harga tiket perlawanan Piala Malaysia.