Pada 7 Ogos ini, Mohammed Ghadadar, Bunyamin Umar dan Amri Yahyah akan dibicarakan atas pertuduhan berkelakuan kasar dan tiada semangat kesukanan. Menurut akhbar Sinar Harian, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat penjelasan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan.

“Memang kami telah menerima surat penjelasan daripada kedua-dua pasukan. Bagaimanapun, perbicaraan yang sepatutnya dibuat 3 Ogos terpaksa ditunda ke 7 Ogos atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Semua tertuduh akan dipanggil dan diberi peluang untuk menjelaskan apa yang terjadi. Selepas itu, keputusan sama ada digantung ataupun tidak akan dibuat,” kata Taufik kepada Sinar Online.

Sekiranya mereka didapatI bersalah, mereka boleh digantung sebanyak tiga perlawanan dan dikenakan denda sebanyak RM1,500.

Penulis: suarasukan

Avatar

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.