SIAPA KETUA JURULATIH KELANTAN 2012? | Siapa Ketua Jurulatih baru Kelantan? Itu sudah semestinya menjadi tanda tanya banyak pihak. Selepas pengunduran Datuk M.Karathu sebagai Ketua Jurulatih, kini tumpuan semua pihak adalah siapakah yang bakal menduduki kerusi panas berkenaan. Ada ura-ura mengatakan bekas jurulatih Kelantan, James Butler akan kembali membimbing The Red Warriors untuk musim 2012.

Kehadiran jurulatih kelahiran Halifax, England itu mungkin mampu menguatkan kembali The Red Warriors untuk mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih, Liga Super selain Kelantan juga dijangka akan beraksi pada Piala Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) musim hadapan. Butler yang sebelum ini pernah membimbing Kelantan pada musim 2009, mengejutkan peminat apabila membuat keputusan meninggalkan pasukan Kelantan pada 17 September 2009 untuk menyertai Yangoon United FC sebagai Pengarah Teknikal kemudiaannya menyertai pasukan Liga Super Thailand, BEC Tero Sasana FC sebagai Ketua Jurulatih kelab berkenaan.

Adakah kehadiran James Butler akan diterima seluruh peminat negeri Kelantan dengan hati terbuka? Namun demikian persoalan siapa bakal menyandang jawatan berkenaan hanya akan diputuskan oleh Tan Sri Annuar Musa nanti. SUMBER : AMMBOI.COM

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.