MENJELANG PERTEMUAN AKHIR BOLA SEPAK SUKAN SEA KE-26 | MALAYSIA VS INDONESIA 21 NOVEMBER 2011 | Malam esok merupakan perhintungan penuh getir antara dua negara sejiran. Apatah lagi pertembungan ini semakin hangat apabila media dan penyokong Indonesia sering memprovokasikan pelbagai isu panas demi kepentingan diri mereka semata. Lagi teruk bila mereka mengaitkan isu maruah dan sebagainya.

Kita di Malaysia juga mengharapkan kemenangan untuk pasukan negara kita juga. Namun tidak sampailah hendak melakukan perkara terkutuk lagi keji sedemikian. Menang kalah adat pertandingan. Yang penting pasukan negara kita sudah berusaha sehabisan. Daripada tiada harapan untuk melepasi halangan peringkat kumpulan, kini skuad Olimpik Malaysia sudah berjaya mara ke pentas akhir.

ISU KECEDERAAN PEMAIN

Isu kecederaan pemain juga sedikit sebanyak mengganggu persediaan skuad negara. Kehilangan Wan Zack Haikal dan Gary Steven sebelum berangkat ke Indonesia mungkin merencat sedikit perancangan Ong Kim Swee. Namun kehadiran Nazmi Faiz yang diimport dari skuad bawah 19 tahun negara memberikannya ruang untuk mencari pengalaman di peringkat antarabangsa. Kini skuad Malaysia sekali lagi berdepan isu kecederaan pemain. Izzat Faris, Wan Zaharul Nizam dan Syahrul Azwari mungkin terpaksa diketepikan ekoran mengalami kecederaan. Namun keadaan mereka masih lagi dipantau dan dijangka Ong Kim Swee akan mengumumkan status sebenar mereka esok (Isnin).

Bersama-samalah kita doakan kejayaan pasukan negara. Semoga pemain kita sembuh sebaiknya dan terus bersemangat untuk menjulang nama negara agar terus gah dimata dunia. Abaikan provokasi ‘murahan’ media dan penyokong lawan. Bermainlah dengan penuh semangat kesukanan. Biar orang hormat ‘kita’ bukan sekadar kerana hebat digelanggang bahkan kerana ‘kehebatan sebenar diluar gelanggang’!

ARTIKEL IHSAN : AMMBOI DOT COM

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.