Perak perlu memastikan kemenangan apabila melayani Kuala Lumpur di Stadium Perak, bagi saingan Liga Super malam ini demi mengembalikan keyakinan peminat yang kian terhakis. Tanpa sebarang kemenangan dalam lima perlawanan berturut-turut, skuad Norizan Bakar perlu menyekat segera prestasi merudum itu, sekali gus memperbaiki kedudukan Seladang dalam carta liga yang merosot beberapa anak tangga.

Daripada pasukan yang menduduki tangga kedua pada suatu ketika, Perak kini di pertengahan carta gara-gara hanya mampu sekali seri 2-2 dengan PKNS FC, 3 Mac lalu tetapi kecundang kepada Kelantan 2-0 di laman sendiri dan terbaru dibaham Kedah 3-0 di Alor Setar, 30 Mac lalu. Jelas segala-galanya bagaikan tidak kena dengan anak buah Cikgu Jan ketika ini kerana berubah daripada sebuah pasukan dengan perwatakan mantap di awal musim kepada sebuah pasukan rapuh tanpa keyakinan diri.

KEPUTUSAN PERAK VS KUALA LUMPUR 7 APRIL 2012

Sekalipun persembahan kapten Sharulnizam Mustapa dan rakan-rakan tidak dapat dinafikan gigih, ia ternyata tidak mencukupi kerana kelemahan ketara ketumpulan jentera serangan dan gaya permainan yang mudah dibaca lawan. Justeru Norizan perlu mencari ramuan baru bagi mengembalikan kesegaran anak buahnya yang tampak longlai dan longgar kebelakangan ini dengan menjadikan pasukan tangga tercorot Kuala Lumpur sebagai titik kebangkitan semula. – BH

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.