CARDIFF CITY MAHU UJI SAFEE SALI SEKALI LAGI | Penyerang sensasi negara, Safee Sali bakal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, tengah hari ini sekembali daripada ujian percubaan dan latihan selama dua minggu bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City dengan diiringi perkhabaran gembira. Walaupun tiada keputusan rasmi sama ada Safee terpilih menyarung jersi Cardiff City atau sebaliknya buat masa ini, pengurus pasukan itu, Malky Mackay tampak berkenan dengan pemain 27 tahun itu dan memintanya pulang untuk penilaian selanjutnya.

Dengan memikirkan Safee perlu beraksi untuk skuad kebangsaan Malaysia (bertemu Australia 7 Oktober) dan juga kelabnya di Indonesia, Pelita Jaya (liga bermula 9 Oktober), kami meminta Safee untuk kembali ke Cardiff City bagi tempoh latihan dua minggu lagi. Ia bakal memberi manfaat kepada semua pihak. Untuk seketika, kami terpaksa ucap selamat tinggal kepada Safee dan menganggap dia sudah membanggakan kelab dan negaranya, kata Mackay menerusi satu kenyataan media, semalam.

Pengendali muda berbangsa Scotland berusia 39 tahun itu menjelaskan dia tidak dapat menilai Safee hanya menerusi 10 hari sesi latihan sejak 13 September lalu kerana penyerang berkenaan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang lutut. Tapi sepanjang 10 hari latihan, Safee tetap menunjukkan sikap baik, cukup beretika serta dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan corak latihan kami.

Safee dapat mengikut rentak pasukan biarpun jelas sekali ia satu tahap dan corak berbeza dengan apa dilaluinya sebelum ini. Tapi memang sukar mendapat gambaran penuh hanya dalam tempoh sesingkat ini, jelas Mackay. Safee akan mengadakan pertemuan dengan pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee di Kuala Lumpur, esok untuk tarikh sesi latihan berikutnya. Petikan Berita Harian Online

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.