Status penjaga gawang No. 1 negara bukan lagi menjadi milik Khairul Fahmi Che Mat apabila bintang Kelantan itu secara rasmi ‘tersisih’ daripada skuad pelatih Harimau Malaya yang bakal beraksi menentang Oman di Stadium Seeb dalam satu aksi pemanas badan pada 26 Mac ini.

Sebaliknya, jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh lebih berminat untuk menggunakan khidmat penjaga gol Johor Darul Takzim (Johor DT), Farizal Marlias dan Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014, Mohd. Khairulazhan Mohd. Khalid dari Pahang sebagai pilihan utama ke Oman berbanding Khairul yang juga dikenali sebagai ‘Apek’.

Tanpa berselindung, Apek meluahkan kekecewaan apabila bekas pemenang Piala AFF Suzuki 2010 itu sekadaar menjadi pemain dalam senarai menunggu. Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu tetap menghormati keputusan Dollah, biarpun dia telah membuat 30 penampilan bersama Harimau Malaya.

“Itu pilihan (panggilan senarai 20 pelatih skuad Harimau Malaya) jurulatih. Apa yang perlu saya buat adalah memperbaiki prestasi ke tahap yang lebih tinggi agar dapat memberi keyakinan kepada pengendali skuad negara untuk memanggil saya kembali. Mungkin pada tahun ini tahap untuk berada dalam skuad negara belum lagi mencapai standard yang sebenar. Apa yang saya harus lakukan adalah lebih bersedia dan mengekalkan prestasi lebih baik untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Apek juga memandang perkara itu dari sudut lebih positif sebagai suntikan motivasi untuk mempamerkan prestasi lebih cemerlang.

“Walaupun berasa sedih tidak terpilih dalam skuad Harimau Malaya, ia tetap menjadi pembakar semangat untuk saya dalam meneruskan perjuangan karier dalam bola sepak negara,” ujarnya.

APEK DISINGKIRKAN, BUKAN LAGI PENJAGA GOL NO 1 MALAYSIA

Sebagai rekod, Khairul Fahmi pernah membantu Malaysia kendalian Datuk K. Rajagobal menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan bersama Harimau Muda di bawah Datuk Ong Kim Swee memenangi emas Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia. APEK DISINGKIRKAN, BUKAN LAGI PENJAGA GOL NO 1 MALAYSIA [KOSMO]

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.