Kelantan berjaya mengutip tiga mata penuh apabila menumpaskan Lions XII 2-0 pada saingan bola sepak Liga Super 2015 di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, malam tadi.

Keputusan penuh dan video gol Kelantan vs Lions 15 Februari 2015 – Kelantan menunjukkan taring seawal minit keenam perlawanan apabila membuka jaringan menerusi tandukan pemain import dari Australia, Jonathan McKain, hasil sepakan sudut Mohd Fitri Omar.

Keadaan stadium yang hambar kembali bergemuruh dengan sorakan apabila skuad kendalian George Boateng menambah gol kedua pada minit ke-42 perlawanan hasil sepakan percuma kapten pasukan Mohd Badhri Radzi dari luar kotak penalti. Tiga minit kemudian, pasukan pelawat cuba merapatkan jurang menerusi sepakan percuma Zulfahmi Arifin, bagaimanpun sepakannya tersasar dan melepasi palang.

Bersambung di babak kedua perlawanan, tiada sebarang jaringan dihasilkan walaupun kedua-dua pasukan melakukan serangan bertali arus ke kubu pertahanan lawan. Kedua-dua pasukan gagal memanfaatkan peluang yang terhidang apabila beberapa percubaan yang dilakukan sering tersasar dan tidak membutirkan sebarang gol.

KEPUTUSAN PENUH DAN VIDEO GOL KELANTAN VS LIONS 15 FEBRUARI 2015

Pada perlawanan akan datang, Kelantan akan melayan kunjungan pendatang baharu Liga Super, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sendiri pada 21 Februari 2015 ini.

VIDEO GOL KELANTAN VS LIONS 15 FEBRUARI 2015

 

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.