Skuad bawah 22 tahun negara dinobat juara Piala Emas Bangabandhu 2015 selepas membenam tuan rumah Bangladesh di aksi final dengan jaringan 3-2 yang berlangsung di Stadium Negara Bangabandhu, Dhaka.

Sebelum ini, Malaysia dan Bangladesh sudah pun bertemu ketika di saingan peringkat kumpulan dimana skuad negara menang melalui jaringan tunggal Syazwan Andik.

Anak buah Razip Ismail bermula baik sebaik tiupan wisel sepak mula dibunyikan. Tiada sebarang jaringan dihasilkan sehinggalah pada minit ke 30 apabila bekas pemain pertahanan FC Ryukyu Nazirul Naim membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke 30. Selang 10 minit selepas itu, Malaysia berada didepan 2-0 menerusi jaringan S. Kumaahran.

Bermula babak kedua, Bangladesh memperkemaskan permainan mereka dan berjaya meledak gol pertama pasukan menerusi Jahed Ameli pada minit ke 49. Tersentak dengan jaringan itu anak buah Razip Ismail cuba bangkit mengawal permainan namun gagal. Kegagalan itu segera dihukum Bangladesh yang berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke 54.

SKUAD B22 NEGARA JUARA PIALA EMAS BANGABANDHU

Perlawanan dilihat akan membawa ke masa tambahan apabila keputusan kekal 2-2 hingga minit ke 90. Walaubagaimanapun, jaringan Muhammad Faizat Ghazli pada minit ke 92 memastikan kejuaraan menjadi milik Malaysia. [stadiumastro.com]

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.