Tahniah diucapkan kepada skuad badminton Piala Thomas negara apabila berjaya mengalahkan Denmark 3-1 di peringkat suku akhir sebentar tadi. Kemenangan yang cukup bermakna dikala ramai tidak menyakini kemampuan mereka. Ia sudah tentu menambahkan keyakinan mereka untuk terus berusaha diperingkat seterusnya.
Pada perlawanan menentang Denmark, skuad badminton Malaysia memperoleh mata kemenangan menerusi Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng dan beregu Goh V Shem/Tan Wee Kiong. Walaupun cemas dengan saingan dari pemain Denmark, namun pemain negara masih mampu memberikan aksi terbaik mereka untuk medapatkan mata berharga.
Pada perlawanan separuh akhir, Malaysia bakal bertemu Indonesia.
Keputusan penuh lain-lain perlawanan Piala Thomas 2014 adalah sebagaimana dibawah:
KEPUTUSAN PENUH SUKU AKHIR PIALA THOMAS 22 MEI 2014
Denmark 1 – 3 Malaysia
China 3 – 0 Thailand
Jepun 3 – 1 Perancis
Korea Selatan 2 – 3 Indonesia