Real Madrid melangkah ke final Liga Juara-Juara Eropah 2014 selepas menumpaskan penyandang juara Bayern Munich 4-0 pada separuh akhir kedua di Allianz Arena.  Gol dihasilkan pada separuh masa pertama menerusi Sergio Ramos yang menyumbat dua gol pada minit ke-16 dan m-20.

Manakala Cristiano Ronaldo pada minit ke-34. Ronaldo sekali lagi cemerlang dengan meledak gol keduanya menerusi sepakan percuma pada minit ke-90. Ini menjadikan Real menang dengan agregat 5-0. Lawan Real di final nanti akan ditentukan menerusi satu lagi separuh akhir kedua antara Chelsea dengan Atletico Madrid di Stamford Bridge, awal pagi esok.

cristiano ronaldo real madrid

Ronaldo juga mencatat rekod baharu Liga Juara-Juara apabila menjaringkan gol ke-16 dalam satu musim. Rekod jaringan terbanyak sebelum ini dipegang penyerang Barcelona, Lionel Messi iaitu 14 gol pada musim 2011-12 dan Jose Altafini ‘Mazzola’ dari AC Milan pada 1962-63.

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.