Bekas pemain bawah 23 tahun Argentina, Jorge Ronaldo Pereyra Diaz akan menggantikan Pablo Aimar sebagai pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi baki saingan Liga Super, musim ini. Pereyra Diaz dianggap pemain terbaik mengambil alih tugas Aimar tatkala bekas pemain kebangsaan Argentina itu terpaksa dilepaskan berikutan masalah kecederaan berpanjangan.

Pemain kelahiran La Rioja berusia 24 tahun itu pernah membantu kelab Atletico Lanus untuk muncul juara Piala Sundamerican di Liga Primera sebelum berpindah ke kelab Ferro Carril Oeste pada saingan Liga Primera B, Argentina.

Jorge Ronaldo Pereyra Diaz JDT

Walaupun pemain itu kurang dikenali berbanding Aimar, kelibatnya di padang cukup licik dan turut menarik perhatian kelab dari Belgium, Royal Sporting Club Anderlecht (RSC Anderlecht) dan kelab terkemuka di Brazil, Santos FC tetapi memilih untuk bergandingan bersama idolanya, Luciano Figueroa di JDT.

Penulis: suarasukan

Avatar

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.