Tahniah buat pasukan Kelantan dan Pahang yang berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Untuk makluman anda, aksi final berkenaan bakal dilangsungkan pada 3 November 2013. Venue perlawanan pula adalah di Stadium Shah Alam dan sepak mula pula pada jam 8.45 malam.

kelantan-vs-pahang-final-piala-malaysia-2013-300x225

Kelantan mara ke pentas final apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi agregat 4-3 selepas terikat 2-2 pada perlawanan separuh akhir kedua di sini semalam. Manakala Pahang berjaya mengikat Sarawak 1-1 dalam perlawanan kedua yang berlangsung di Kuching dimana pada perlawanan pertama, Pahang mencatatkan kemenangan 3-1 dan dengan ini Pahang layak dengan aggregat 4-2.

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.