Harimau Muda akan menentang Woodlands Wellington pada aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium Yishun, malam ini. Harimau Muda yang telah mencatat empat kemenangan dan dua seri sebelum ini kini tergelincir di tangga kelima liga dengan 14 mata, tiga mata di belakang peneraju liga, Brunei DPMM. Selepas aksi menentang Wellington, skuad muda negara bakal berdepan cabaran pasukan di tangga ketiga, Alestier Khalsa minggu depan.

Mengulas lanjut Kim Swee menjelaskan bahawa beliau percaya gandingan benteng pertahanannya yang diterajui Affizie Faizal Mamat, Shahrul Saad, Mohamad Amer Saidin dan Mohd. Fadhli Shas tidak akan mengulangi kesilapan seperti mana ketika menentang Home United sebelum ini. Beliau juga tidak menolak kemungkinan melakukan sedikit rombakan bagi memberi peluang beraksi kepada pemain yang jarang diturunkan sebelum ini.

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.