Kelab yang berpangkalan di Paris, Paris Saint Germain (PSG) dilaporkan bersedia membelanjakan £30 juta (RM146 juta) dalam usaha membawa penyerang Arsenal, Robin van Persie ke kelab itu musim panas ini.

Malah, PSG yang kini di bawah kendalian pengurus baru, Carlo Ancelotti dikatakan sedia membelanjakan hampir £100 juta (RM487 juta) untuk membawa beberapa pemain ternama ke kelab itu.

Kontrak van Persie berbaki 18 bulan di Emirates. Selain PSG, Barcelona dan Manchester City dilaporkan berminat mendapatkan kapten The Gunners itu.

Penulis: suarasukan

Avatar

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.