Berikut merupakan Keputusan Penuh Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 10 dan 11 April 2012. Manchester United tumbang mengejut 1-0 kepada pasukan bergelut, Wigan sementara Manchester City merakamkan kemenangan 4-0 ke atas West Brom Albion.
Gol tunggal yang dijaringkan Shaun Maloney pada minit ke-50 itu memberi harapan kepada City yang kini tercicir lima mata dengan penyandang juara itu ketika kempen liga musim ini berbaki lima perlawanan lagi. Arsenal terus mengukuhkan cengkaman mereka di tempat ketiga selepas membelasah Wolves 3-0 di Molineux.
Tugas The Gunners bertambah mudah apabila Sabastien Bassong dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Robin van Persie. Queens Park Rangers terus berjuang untuk kekal dalam saingan EPL dengan kemenangan 3-0 ke atas Swansea. Keputusan penuh perlawanan ada dibawah.
KEPUTUSAN PENUH LIGA PERDANA INGGERIS (EPL)
Wednesday 11 April 2012
Queens Park Rangers 3 – 0 Swansea City
Manchester City 4 – 0 West Bromwich Albion
Wolverhampton Wanderers 0 – 3 Arsenal
Wigan Athletic 1 – 0 Manchester United
Tuesday 10 April 2012
Blackburn Rovers 2 – 3 Liverpool