Selangor menerima kunjungan Terengganu untuk aksi Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini tanpa diperkuat tiga tonggak utama – Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy dan Azidan Sarudin – yang menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim bagaimanapun tidak bimbang dengan ketiadaan mereka apabila menganggap tiga pengganti – Nasriq Baharom, Bunyamin Umar dan Safiq Rahim – mampu menggalas tugas untuk mengutip tiga mata penuh.

“Dua perlawanan berturut-turut seri 1-1 dengan Lions XII dan Sabah yang sepatutnya kami boleh menang kerana menguasai permainan dan memperoleh banyak peluang jaringan. Tapi apabila gagal mencapai keputusan, sudah tentu penyokong dan pihak pengurusan marah. “Tiada sentimen peribadi bertemu bekas pasukan, Terengganu kerana apa yang lebih penting ialah tiga mata penuh kerana kami tak pernah kalah bertemu pasukan di kelompok teratas liga,” kata Irfan ketika ditemui di Padang SUK, Shah Alam, petang semalam.

KEPUTUSAN SELANGOR VS TERENGGANU 7 APRIL 2012

Namun Irfan tidak mahu pemain menganggap keletihan Terengganu yang mengharungi jadual padat Liga Super, Piala FA dan Piala AFC, sebagai kelebihan kerana lawan itu tidak tewas dalam empat aksi terakhir termasuk menewaskan Tampines Rovers 1-0 di Stadium Jalan Besar, Rabu lalu. – BH

Penulis: suarasukan

Avatar

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.