Kejayaan pemain muda negara, Muhd. Ariff Zulkifly memikat kelab New Zealand, Island Bay United adalah sesuatu yang amat membanggakan. Ariff yang sebelum ini dipanggil menjalani ujian percubaan bersama Akademi Bola Sepak Ole telah ditawarkan kontrak mewakili kelab Island Bay United (IBU).

Ternyata langkah berani Ariff yang juga bekas kapten skuad bawah 17 tahun negara berkelana ke New Zealand menjalani ujian percubaan bersama Ole membuahkan hasil apabila ditawar kontrak mewakili Island Bay untuk beraksi dalam Liga Perdana New Zealand Central.

Penulis: suarasukan

Avatar

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.