PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS AUSTRALIA 7 OKTOBER 2011 | 11 TERBAIK TARUHAN RAJAGOBAL | Perlawanan menentang Australia sememangnya hanya perlawanan persahabatan, dan ia juga boleh dijadikan medan menguji keupayaan skuad negara kita, Malaysia. Jangan lupa, Australia merupakan sebuah pasukan yang kuat dan ada potensi yang sama seperti Jepun untuk dengan mudah ‘membenam’ skuad negara. Walaupun begitu, kita juga tidak boleh lupa bola itu bulat dan sekiranya permainan skuad Malaysia tidak dipengaruhi oleh rentak Australia (dengan kata kain main macam biasa) kita mungkin berupaya berbuat sesuatu yang mampu mengejutkan lawan yang gah dengan beberapa nama besar beraksi dalam liga eropah.

Bagi Datuk K.Rajagobal, beliau mampu tersenyum ceria takkala kehadiran semula gandingan dua penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali dalam skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Australia Jumaat ini. Bagi beliau, inilah masa yang terbaik untuknya melihat dua pemain ini bermain semula selepas gah menjulang nama Malaysia sebagai kuasa besar peringkat Asia Tenggara dengan menjulang trofi Piala AFF Suzuki tahun lalu. Sebagai persiapan skuad senior berdepan Australia jumaat ini, satu perlawanan persahabatan telah diadakan menentang Skuad Bawah 23 Kebangsaan, Harimau Muda A (kendalian Ong Kim Swee). Perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik negara di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menyaksikan skuad senior negara menang 3-0.

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.