SUKAN SEA INDONESIA 2011 | ACARA AKHIR BOLASEPAK DIUBAH KE PALEMBANG | Perlawanan akhir acara bola sepak lelaki pada Sukan SEA Indonesia 2011 kini akan berlangsung di Palembang dan bukan Jakarta seperti yang dijadualkan sebelum ini. Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (INASOC) sebelum ini mengumumkan bahawa semua perlawanan peringkat kumpulan hingga ke perlawa- nan akhir akan diadakan di Jakarta.

“Bagaimanapun minggu ini, Timbalan Pengerusi INASOC, Djoko Pramono memberitahu akhbar Jakarta Post bahawa acara bola sepak lelaki akan diadakan di dua bandar raya iaitu Jakarta dan Palembang. Daripada 44 jenis sukan dipertanding- kan pada temasya dwitahunan itu, 23 acara akan diadakan di Jakarta, manakala baki 21 jenis sukan di Palembang. Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2011 bermula pada 11 hingga 22 November depan. Petikan Kosmo Online

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.