PIALA PERSEKUTUAN BOLASEPAK VIETNAM | ABDUL AZIZ ISMAIL (KELANTAN) ANTARA 5 MUKA BARU PILIHAN ONG KIM SWEE | Seramai 21 pemain difahamkan telah mula ‘memanaskan badan’ di Wisma FAM, Kelana Jaya termasuk lima muka baharu, See Kok Luen (Kuala Lumpur), Abdul Aziz Ismail (Kelantan), Mohd. Syazwan Roslan (Perak), dan dua tonggak Felda United, Azrul Azmi dan D. Saarvindran yang turut dipanggil mengikuti sesi latihan kali ini.

Apa yang pasti, ‘murid-murid’ baharu itu semestinya lebih diberikan penekanan oleh Kim Swee bagi memastikan sama ada mereka layak untuk beraksi di pentas antara- bangsa ataupun tidak. Walaupun aksi kelima-lima muka baharu itu dilaporkan cukup memberangsangkan di pentas domestik, ia masih bukan satu jami- nan untuk memikat hati Kim Swee yang pastinya mahukan barisan yang terbaik bagi menyarung jersi B-23 negara. Ong Kim Swee memberitahu, penilaian tersebut turut memberikan impak terhadap kekuatan pasukannya yang akan ke Hanoi menjelang kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) selama lima hari bermula 19 Oktober ini.

KEJOHANAN JEMPUTAN PIALA PERSEKUTUAN BOLASEPAK VIETNAM 2011

B-23 Malaysia VS B-23 Uzbekistan (19 Oktober 2011)

B-23 Malaysia VS B-23 Indonesia (21 Oktober 2011)

B-23 Malaysia VS B-23 Vietnam (23 Oktober 2011)

Penulis: suarasukan

Avatar

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.