KELANTAN MAHU 4 PEMAIN IMPORT HADAPI MUSIM 2012 | Menyedari saingan musim depan cukup mencabar untuk ditempuh, juara Liga Super musim ini, Kelantan membuat persiapan awal apabila bakal menguji enam pemain pemain import untuk diserapkan ke dalam pasukan bagi menggalas cabaran musim 2012. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, enam pemain tersebut akan diuji secara berperingkat dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang diaturkan oleh pihaknya. Menurutnya, ujian itu cukup penting buat The Red Warriors sebagai persiapan awal mengharungi musim yang lebih mencabar tahun hadapan.

Enam permain import yang bakal diuji berkenaan berasal dari Ivory Coast, Croatia, Ghana dan Nigeria. Tiga akan diuji pada perlawanan persahabatan dengan kelab dari Thailand iaitu Songkla FC, manakala selebihnya dalam beberapa siri persahabatan yang lain. Daripada jumlah tersebut hanya tiga yang akan dipilih untuk beraksi. Bagaimanapun hanya dua akan didaftarkan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia seperti yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Seorang lagi akan didaftarkan untuk beraksi dalam saingan di peringkat Asia. Selain itu juga, KAFA juga sedang meneliti untuk mengambil seorang lagi pemain import secara pinjaman dari Asia untuk melengkapkan jumlah empat pemain bagi menghadapi saingan di peringkat Asia dan ia dibenarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kata presidennya kepada pemberita di Kota Bharu semalam.

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.