MALAYSIA VS AUSTRALIA 7 OKTOBER 2011 | PEMAIN KENA BERSEDIA DARI SEDI MENTAL DAN FIZIKAL | Perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Australia pada 7 Oktober 2011 ini dikatakan memberi gangguan kepada persiapan pasukan negeri yang bersaing dalam aksi Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 10 Oktober 2011 nanti. Ini kerana Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Farisham Ismail (Kelantan), Joseph Kalang Tie, Zubir Azmi, Faizal Muhamad (Terengganu), Norhafiz Zamani Misbah, S Kunanlan, Farizal Marlias (Negeri Sembilan) serta Asraruddin Putra Omar (Selangor) menyertai kem latihan skuad kebangsaan bermula semalam.
Semua 10 pemain ini hanya akan dapat kembali bersama pasukan negeri sehari sebelum aksi suku akhir pertama, sejurus mereka beraksi untuk skuad kebangsaan menentang Australia di Canberra, 7 Oktober ini. Pada firasat ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, ia tidak harus dijadikan alasan buat jurulatih negeri, persatuan negeri atau pemain itu sendiri kerana tempoh yang ada sebenarnya masih mencukupi. Terpulang kepada pemain itu sendiri sebagai seorang profesional. Mereka kena bersedia dari segi mental.