AUSTRALIA VS MALAYSIA PERLAWANAN PERSAHABATAN 7 OKTOBER 2011 | AUSTRALIA PANDANG RENDAH PASUKAN NEGARA | Pasukan negara akan menentang Australia pada 7 Oktober 2011 ini dan ia merupakan peluang terbaik buat pasukan senior negara untuk membuktikan sesuatu disana nanti. Sekiranya pemain kita dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah tidak mustahil jika mereka mendapat perhatian kelab dari Australia juga. Namun demikian, kisah pandang rendah atau sebagainya janganlah diambil kira. Yang penting buktikan kemampuan kita sebaiknya tak kiralah siapa lawan kita.

SYDNEY – Dua tonggak utama, Brett Emerton dan Harry Kewell tidak akan diturunkan Australia apabila menerima kunjungan Malaysia dan Oman untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di tempat sendiri bulan depan. Sebaliknya, jurulatih Australia, Holger Osieck membenarkan kedua-dua pemain itu beraksi untuk kelab masing-masing sehari selepas menentang Malaysia pada 7 Oktober.

Kata Osieck, beliau terpaksa memberi laluan kepada kedua-dua pemain untuk perlawanan pembukaan musim Liga A Australia yang mana Kewell bermain untuk Melbourne Victory dan Emerton di Sydney FC. Bagaimanapun, beliau tetap akan memanggil pula pemain yang beraksi dalam Liga Perdana England iaitu Tim Cahill, Lucas Neill dan Mark Schwarzer.

“Tentunya orang akan menganggap tindakan ini tidak betul tetapi saya telah membuat kepu- tusan untuk memberi peluang kepada Harry dan Bret bermain dengan kelab baharu mereka,” katanya.

Australia akan bertemu Malaysia di Canberra buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun pada perlawanan persahabatan itu dan Oman empat hari kemudian di Sydney. Australia dan Oman masih meneruskan cabaran melayakkan diri ke Piala Dunia 2014, manakala cabaran Malaysia ditamatkan Singapura lebih awal. Australia menang perlawanan pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia dengan menewaskan Thailand 2-1, diikuti Arab Saudi 3-1 awal bulan ini. Petikan Kosmo! Online

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.