ALASAN BOJAN HODAK PUNCA JDT KALAH KEPADA BANGKOK GLASS FC TAK MASUK AKAL?

| Feb 12, 2015 | 0 Comments
  • SumoMe

Kelab yang dibarisi oleh pemain tempatan berstatus bintang dan pemain import yang berkualiti, Johor Darul Takzim gagal mara ke peringkat seterusnya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015.

Alasan Bojan Hodak punca JDT kalah kepada Bangkok Glass FC tak masuk akal? – JDT kalah 3-0 kepada pasukan tuan rumah Bangkok Glass FC dari Thailand pada perlawanan kelayakan pusingan kedua play-off di Stadium Thanyaburi, Patnum Thani.

Biarpun kalah, ramai yang memuji keupayaan JDT dan mereka menganggap mungkin masih belum ada rezeki pasukan dari Malaysia untuk beraksi dalam saingan terbaik di Asia itu.

Namun begitu, bekas pemain kebangsaan Khalid Ali meluahkan rasa kecewanya dengan alasan diberikan ketua jurulatih JDT. Beliau menganggap alasan ‘mereka tidak cukup bagus’ yang diberikan oleh jurulatih berasal dari Croatia itu tidak munasabah sedangkan pasukan itu penuh dengan pemain tempatan berkualiti.

“Saya tidak dapat menerima alasan Bojan Hodak mengatakan mereka tidak cukup bagus untuk beraksi pada kelayakan pusingan kedua play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL). Sebagai seorang jurulatih berpengalaman yang berada dalam Liga Malaysia agak lama serta mengendali beberapa pasukan handalan tempatan, alasan terbabit sekadar mahu menyelamatkan diri dan bimbang dikritik. Kata-kata sebegitu tidak seharusnya keluar daripada seorang jurulatih pasukan juara Liga Super. Beliau mendapat khidmat ramai pemain terbaik tempatan. Malah pemain terbaik Malaysia dari peringkat kelab hingga negara berada dalam pasukannya termasuk pemain luar yang bagus,” katanya.

“Selain itu, kenyataan itu tidak patut hadir daripada seorang jurulatih berpengalaman luas. Beliau bukan jurulatih baru dan memberitahu Johor DT tidak cukup bagus untuk bersaing dalam saingan kelayakan, satu alasan yang kurang munasabah. Saya sukar menerimanya kerana Johor DT pasukan diharap memenuhi impian peminat setia bola sepak di Malaysia. Boleh dikatakan pasukan itu daripada angka satu hingga 20, daripada kesebelasan utama hingga simpanan dalam Johor DT semuanya ada kaliber masing-masing. Saya harap reputasi pasukan Johor DT dan pengendalinya jangan hanya gah saja dalam Liga Super. Saya tidak dapat menerima alasan pengendali mengatakan skuadnya tidak cukup bagus sedangkan barisan pemain dianggap sebagai pemain utama di Malaysia,” katanya.

ALASAN BOJAN HODAK PUNCA JDT KALAH KEPADA BANGKOK GLASS FC TAK MASUK AKAL

Hmm.. Mungkin belum masanya lagi. Lepas ni JDT kena borong sehabisnya pemain-pemain terbaik yang ada di Malaysia ini untuk dipanaskan di bangku simpanan. Jangan marah yer…


Tags: , , , , , ,

Category: LIGA SUPER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *