Sebagaimana yang kita maklum, pemain pasukan kebangsaan Gary Steven Robbat kini digantung dari sebarang aksi bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pergantungan itu adalah selama tiga bulan ekoran bersalah melanggar peraturan perpindahan pemain.

Gary Steven Robbat jalani latihan di Borussia Dortmund – Beliau yang tidak dibenarkan beraksi dalam sebarang kejohanan dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontrak yang ditandatangani bersama Johor Darul Takzim dan Pahang sebelum 1 Disember 2014 diputuskan sebagai tidak sah. Beliau juga dilarang berlatih bersama pasukan baru (Johor DT) sehingga tempoh pergantungan berkenaan tamat.

Oleh yang demikian, Johor DT telah mengambil keputusan untuk menghantar Gary Steven Robbat untuk menjalani latihan di Borussia Dortmund. Berdasarkan sumber info, Gary telah berlepas pada 7 Februari 2015 lalu. Gary akan ditempatkan dalam pasukan kedua Dortmund dan beliau bakal menjalani latihan intensif bersama pasukan tersebut selama berada di sana.

GARY STEVEN ROBBAT JALANI LATIHAN DI BORUSSIA DORTMUND

Semoga Gary dapat memanfaatkan peluang yang diberikan sepanjang berada di Borussia Dortmund. [Sumber info dan gambar: Facebook JOHOR Southern Tigers’s]

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.