Tahniah diucapkan kepada skuad badminton Piala Thomas negara apabila berjaya mengalahkan Denmark 3-1 di peringkat suku akhir sebentar tadi. Kemenangan yang cukup bermakna dikala ramai tidak menyakini kemampuan mereka.

Mata kemenangan Malaysia diperoleh menerusi Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng dan beregu Goh V Shem/Tan Wee Kiong.

Pada peringkat separuh akhir, Malaysia akan menentang Indonesia manakala China dijadualkan bertemu Jepun pada perlawanan yang akan berlangsung pada 23 Mei 2014. Perlawanan China vs Jepun akan berlangsung pada jam 12.00pm manakala Malaysia vs Indonesia akan bermula pada jam 6.00pm (8.30 malam waktu Malaysia).

Pertemuan Malaysia dengan Indonesia sudah tentu amat dinantikan oleh peminat sukan badminton. Diharap skuad Piala Thomas Malaysia mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan dan memperoleh mata berharga untuk mara ke final.

lee chong wei thomas cup 2014

Jadual penuh saingan separuh akhir Piala Thomas 2014 adalah sebagaimana dibawah:

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA THOMAS 2014

23 MEI 2014 | 12.00 PM | CHINA VS JEPUN

23 MEI 2014 | 06.00 PM | MALAYSIA VS INDONESIA

Sumber: www.ammboi.com

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.