Manchester United mengambil keputusan drastik untuk memecat pengurus, David Moyes selepas 10 bulan menggantikan tempat Alex Ferguson yang bersara. Pemain tengah, Ryan Giggs dipilih untuk mengambil-alih tugas yang ditinggalkan Moyes sehingga United menemui pengganti sebenar. Jurulatih Belanda, Louis van Gaal, Juergen Klopp (Borussia Dortmund) dan Diego Simeone (Atletico Madrid) antara calon hangat untuk menduduki kerusi hangat itu.

Moyes, 50, dari Scotland dilaporkan menerima pampasan mencecah £10 juta (RM54.5 juta) daripada pihak pengurusan The Red Devils. Bagaimanapun, United tetap memberikan penghargaan di atas kerja keras, kejujuran dan integriti yang ditampilkan Moyes sepanjang bersama United.

david moyes sack

Keputusan untuk memecat Moyes dilakukan Timbalan Pengerusi United, Ed Woodward dalam satu mesyuarat pasukan di padang latihan pagi semalam. Masa depan Moyes di Old Trafford mula mencetuskan persoalan selepas United diabkan dengan kekalahan 0-2 kepada Everton pada aksi Liga Perdana England di Stadium Goodison Park, Ahad lalu.

Kekalahan itu menyebabkan United gagal melayakkan ke kempen Liga Juara-Juara buat pertama kalinya dalam tempoh 19 tahun selepas sekadar menghuni tangga ketujuh liga. Kedudukan itu merupakan yang terburuk buat United dalam saingan liga sejak 1990 meskipun muncul juara musim lalu.

Moyes mendapat sokongan Ferguson yang membuat keputusan untuk bersara selepas 27 tahun bersama United. Namun, beliau gagal meneruskan legasi Ferguson biarpun berjaya membantu United mara ke suku akhir kempen Liga Juara-Juara sebelum ditewaskan Bayern Munich.

Biarpun bakal mendapat suntikan dana yang besar untuk membentuk semula skuad musim depan, pemilik United iaitu Glazer tidak lagi mempercayai kredibiliti beliau terutamanya selepas membelanjakan lebih £65 juta (RM354.6 juta) musim ini untuk membeli pemain baharu iaitu Marouane Fellaini dan Juan Mata.

Kegagalan United mara ke kempen Liga Juara-Juara musim depan juga pastinya menjejaskan usaha memburu pemain-pemain baharu. – AP

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.