Sudah tentu perpindahan pemain Liga Malaysia menjadi topik tumpuan peminat bola sepak tempatan minggu ini. Apatah lagi kalau perpindahan itu melibatkan beberapa nama besar daripada pasukan masing-masing. Kelantan, Johor Darul Takzim dan ATM antara pasukan yang membuat beberapa perpindahan mengejutkan.

Kelantan atau juga dikenali dengan panggilan The Red Warriors (TRW) dilaporkan bakal mengeluarkan Obinna Nwaneri dan Mohammed Ghaddar. Tidak dinafikan Obinna dan Ghaddar antara pemain import yang banyak memberi sumbangan kepada Kelantan dalam beberapa musim lepas. Namun prestasi semasanya dianggap kurang memuaskan selain isu disiplin yang memeningkan pengurusan pasukan Kelantan.

senarai perpindahan terkini pemain liga malaysia april 2014

Manakala pasukan dari selatan, Johor Darul Takzim pula menyenaraikan pemain Brazil, Marcos Elias Santos dan Diego Buonanotte dari Argentina untuk dibawa masuk selepas mengeluarkan Pablo Aimar yang tidak dapat beraksi dengan sebaiknya kerana dibelenggu kecederaan. Sementara itu, Baihakki Khaizan yang turut dilepaskan JDT dan beliau dikatakan akan kembali ke pangkuan skuad lamanya, Lions XII. Bintang ATM, Marlon Alex James sebelum ini juga mengejutkan ramai pihak apabila tidak mahu lagi bersama skuad itu.

Berikut adalah senarai penuh bagi sesi Perpindahan April – Pemain Liga Malaysia 2014:

JOHOR DARUL TAKZIM

Masuk

Marcos Elias Santos (Brazil)
Diego Buonanotte (Argentina)

Keluar

Baihakki Khaizan
Pablo Aimar

KELANTAN

Masuk

Prince Tagoe (Ghana)
Brendan Gan
Wan Zack Haikal
Mohd Fitri Omar

Keluar

Obinna Nwaneri
Mohammed Ghaddar

SELANGOR

Masuk

Evaldo dos Santos (Brazil)
Nazmi Faiz (PKNS)

Keluar

Junior Aparecido
Mohd Raimi Mohd Nor

ATM

Masuk

Fabrice Noel (Haiti)
Park Yong-ho (Korea Selatan)

Keluar

Marlon James

SARAWAK

Masuk

Ryan Griffiths (Australia)
Hassan Mohamed (Lubnan)

TERENGGANU

Masuk

Moustapha Dabo (Senegal)
Javier Estupinan (Colombia)
Marco Tulio (Brazil)

PERAK

Masuk

Milan Purovic (Yugoslavia)
Abdulafees (Nigeria)
Hassan Daher (Lubnan)

T-TEAM

Masuk

Jimmy Mulisa (Rwanda)
Leandro Dos Santos (Brazil)
Goran Subara (Australia)
Zul Aziz Nawawi (Terengganu)
Fazli Baharudin (PKNS)

Nota: Senarai diatas adalah yang terkini dipetik dari sumber Astro Arena. Jika ada perubahan SS akan maklumkan disini.

Kredit info: AMMBOI.COM

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.