VIDEO GOL DAN KEPUTUSAN PENUH KELAYAKAN PIALA ASIA YEMEN VS MALAYSIA 5 MAC 2014

| Mar 6, 2014 | 0 Comments
  • SumoMe

Menang tapi tersingkir. Itulah antara kata-kata penyampai berita Astro Arena 801 sebentar tadi. Namun bagi peminat bolasepak negara, kemenangan pada malam ini sudah cukup melegakan apatah lagi Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke 11 apabila Amirizdwan Taj Tajudin dilayangkan kad merah. Yemen pula dihadiahkan sepakan penalti namun Khairul Fahmi Che Mat (Apex) berjaya menyelamatkannya.

Sejak dari itu, skuad negara terus bergelut dengan asakan pemain Yemen yang tidak putus-putus menyerang. Bagaimanapun benteng pertahanan negara terus kukuh untuk menahan dan menggagalkannya. Dalam pada itu, pemain negara turut berusaha untuk membalas serangan dan hasilnya memperoleh sepakan percuma. Sepakan Hafiz Kamal gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Yemen dan Amri Yahyah bijak mencuri peluang dan menanduk masuk bola muntah itu untuk gol pertama Malaysia. Kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Siaran-Langsung-Malaysia-Vs-Yaman

Memasuki babak kedua, Malaysia terus diasak Yemen. Yemen memperoleh gol penyamaan menerusi Mohammed Al-Sarori pada minit ke 59 setelah beberapa kali serangan mereka berjaya diselamatkan oleh penjaga gol dan pertahanan negara. Gol itu seolah-olah menyuntik semangat Yemen dan terus mengasak untuk memburu gol kemenangan. Bagaimanapun Malaysia yang sesekali menyerang memperoleh peluang terbaik dan disempurnakan oleh Ahmad Fakri Saarani pada minit 77 untuk gol kemenangan skuad negara.

VIDEO GOL DAN KEPUTUSAN PENUH:

YEMEN 1 – 2 MALAYSIA

10′ Kad Merah – Amirizdwan Taj Tajudin (MAS)
16′ Amri Yahyah (MAS)
59′ Mohammed Al-Sarori (YEM)
77′ Ahmad Fakri Saarani (MAS)


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: BOLA SEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *