BOJAN HODAK PUJI AKSI FAKRI SAARANI

| Apr 18, 2013 | 0 Comments
  • SumoMe

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji persembahan bekas penyerang Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani (gambar) yang beraksi cemerlang dalam perlawanan menentang Sarawak pada suku akhir kedua saingan Piala FA, di Stadium Negeri, Petra Jaya, Sarawak, malam kelmarin. Selain Ahmad Fakri, jentera tengah Kelantan, Mohd Badhri Radzi dan Shakir Saari turut mendapat pujian daripada jurulatih berusia 41 tahun dari Croatia itu apabila berjaya menguasai permainan di bahagian tengah.

“Ahmad Fakri beraksi dengan baik malam kelmarin walaupun ia baru kali kedua dia beraksi bersama Kelantan. Semua orang boleh lihat dengan jelas keyakinan tinggi dimilikinya. Walaupun dia tidak menjaringkan gol namun saya gembira dengan persembahannya. Barisan tengah saya juga berjaya menguasai permainan di bahagian tengah dan membuat banyak gerakan merbahaya. Ia terbukti apabila hasil gerakan Piya (Mohd Badhri) berjaya membuka ruang buat Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol pertama Kelantan.

fakri saarani kelantan

“Kami menguasai perlawanan di separuh masa pertama dan berjaya mendapatkan dua gol awal sekali gus memberi tekanan buat Sarawak. Kami bermain secara bertahan di separuh masa kedua kerana sudah mempunyai kelebihan gol,” katanya, semalam.

Kemenangan 2-0 ke atas Sarawak malam kelmarin membolehkan Kelantan mara dengan agregat 4-1 dan akan bertemu jiran tetangga Pantai Timur, Terengganu di peringkat separuh akhir 25 Mei ini. Selain itu, Bojan turut berkata, pasukannya akan melakukan persediaan rapi sebelum pertemuan dengan Terengganu bagi memastikan Piala FA dapat dipertahankan The Red Warriors (TRW).

Petikan – BH Online


Tags: , , , , , , ,

Category: THE RED WARRIORS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *