keita mandjou kelantan

Pada perlawanan pusingan kedua Piala FA 2013 malam ini, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berharap pemainnya beraksi dengan sebaik mungkin dalam masa 90 minit dengan mencatatkan kemenangan. Beliau tidak mahu mengambil risiko dengan membawa permainan ke masa tambahan.

“Kelantan harus elak perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti. Mesti menang dalam tempoh 90 minit,” tegas ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menjelang perlawanan kalah mati saingan Piala FA antara Kelantan dengan Selangor PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini dalam laporan BH Online.

Pengendali berasal dari Croatia itu akur barisan bergelar The Red Warriors (TRW) itu bakal mendapat saingan sengit daripada lawan melihat skuadnya sedikit tempang di barisan depan tanpa penyerang berbisa, Muhammad Norfarhan Mohamad yang masih dibelenggu kecederaan. Keadaan itu memaksa Bojan menagih khidmat tiga tonggak yang baru pulang dari bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia menentang Yaman Jumaat lalu, iaitu kapten, Mohd Badhri Radzi, pemain tengah, Shakir Shaari dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

“Saya rasa lebih selamat kami menang dalam tempoh 90 minit kerana masa tambahan hanya mengundang risiko. Saya juga harap Keita Mandjou dapat mempamerkan aksi terbaik esok (malam ini) selain khidmat Piya (Mohd Badhri), Shakir dan Apek (Khairul Fahmi) sangat diperlukan dalam perlawanan penting itu,” katanya.

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.