Memang mengejutkan, namun itu juga hakikat. Skuad badminton negara sekadar diletakkan sebagai pilihan keenam pada pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, 20 hingga 27 Mei 2012 depan dengan tuan rumah yang juga juara bertahan China seperti diduga disenaraikan sebagai pilihan pertama.

Kedudukan selaku pilihan keenam itu bakal menyaksikan skuad negara yang diterajui jaguh perseorangan, Lee Chong Wei akan diundi sekumpulan dengan China, Korea Selatan, Denmark atau Jepun serta antara empat pasukan pilihan 9 hingga 12 dalam majlis undian yang akan diadakan di Wuhan, Ahad ini.

Pasukan Pilihan Piala Thomas : 

1 China (412178.2241 mata); 2 Korea Selatan (309621.2428); 3 Denmark (289680.4436); 4 Jepun (273224.0979); 5 Indonesia (267732.8234); 6 MALAYSIA (258287.7243); 7 Jerman (163785.1548); 8 Russia (136120.6995); 9 England (125259.7054)); 10 Amerika Syarikat (96529.5642); 11 New Zealand (48501.0975); 12 Afrika Selatan (4634.1095)

Pasukan Pilihan Piala Uber : 

1 China (450467.3605); 2 Jepun (276232.521); 3 Korea Selatan (255859.1); 4 Taiwan (229885.5603); 5 Thailand (207836.98); 6 Denmark (207302.849); 7 Indonesia (189326.1973); 8 Jerman (189326.1973); 9 Belanda (140219.8334); 10 Amerika Syarikat (125598.3749); 11 Australia (68865.105); 12 Afrika Selatan (62926.8067)

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.