Sebentar tadi, Malaysia Leopards tunduk kepada Indonesia Rajawali 3-0 dalam perlawanan yang agak menghiburkan. Perseorangan pertama Malaysia Leopards, Misbun Ramdan Misbun kalah kepada Tommy Sugiarto, 15-21, 21-17, 21-18. Kemudian pasangan beregu muda negara Teo Ee Yi / Nelson Heg Wei Keat yang menduduki ranking 108 dunia kalah kepada Rian Agung Saputro / Angga Pratama (18 dunia), 21-19, 23-21.

Dionysius Hayom Rumbaka yang berjaya kalahkan Hafiz Hashim dalam perlawanan peringkat kumpulan pula kalahkan perseorangan ketiga negara, Iskandar Zulkarnain, 14-21, 21-17 dan 21-19. Lawan yang menanti Indonesia Rajawali adalah antara Malaysia Tigers vs Indonesia Garuda dalam perlawanan yang dijangka bermula jam 8 malam ini. Jangan lupa saksikan Live Score Malaysia Tigers vs Indonesia Garuda menerusi link yang disediakan.

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.