BUKAN SEKALI TAN SRI ANNUAR MUSA LANGGAR PERATURAN?

| Apr 1, 2012 | 0 Comments
  • SumoMe

Tertarik SS untuk mengulas mengenai artikel sebuah akhbar yang memaparkan laporan mengenai Tan Sri Annuar Musa. Katanya bukan sekali TSAM langgar peraturan dan cuma dia terlepas daripada sebarang tindakan. Peraturan apa yang dimaksudkan? Atau pihak berkenaan sengaja mencari masa dan kesilapan TSAM untuk dijadikan bahan penyingkiran?

Rasanya sudah tiba masa untuk arena bolasepak kita diterajui oleh mereka yang benar-benar berkaliber dan boleh ‘buat kerja’. Sudah masanya mereka yang hanya tahu bercakap kosong sahaja keluar dari badan induk bolasepak berkenaan. Apa yang diperkatakan TSAM adalah berkenaan mutu perlawanan yang dilalui oleh skuad negara. Dan itu hakikat. Bukannya rekaan beliau.

Peminat bola negara juga sedar akan perkara itu. Tetapi kepada siapa kamiĀ  nak mengadu. Apa yang diluahkan TSAM adalah sama dengan apa yang kami rungutkan setiap hari. Itu adalah kekecewaan kami. Dan kami mahu lihat skuad negara terus meningkat dan bukannya hanya menjadi bahan ujian semata.

Semoga apa yang dihukumkan kepada TSAM selepas ini tidak akan menjejaskan peranan beliau selaku bapa bolasepak Kelantan. Dan semoga beliau terus gah untuk menyumbang dan diletakkan selaku bapa pembangunan bolasepak negara pula!


Tags: , , , ,

Category: BOLA SEPAK MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *