KEPUTUSAN PENUH PIALA CARLING LIVERPOOL VS CARDIFF CITY 26 FEBRUARI 2012 | Liverpool meraih trofi pertama sejak 2006 apabila muncul juara Piala Carling dengan menewaskan Cardiff 3-2 menerusi sepakan penalti di Stadium Wembley, awal pagi tadi. Kedua-dua pasukan terikat 2-2 apabila tamat masa tambahan. Cardiff City terlebih dahulu mendahului perlawanan apabila Joe Manson menjaringkan gol pada minit ke 19 sebelum Martin Skrtel menyamakan kedudukan pada minit ke 80.

Perlawanan terus sengit dan dibawa ke masa tambahan. Dirk Kuyt meletakkan Liverpool didepan pada minit ke 108 namun berjaya disamakan kembali oleh Ben Turner sebelum tamat masa tambahan yang kemudiannya membawa kepada penentuan sepakan penalti.

Sepakan pertama Liverpool menerusi Steven Gerard gagal dan Kenny Miller (Cardiff) juga gagal menyempurnakan sepakan penalti. Seterusnya Charlie Adam (Liverpool) juga gagal dan Don Cowie berjaya menjaringkan gol untuk kedudukan Liverpool 0-1 Cardiff. Sepakan ketiga pula Dirk Kuyt berjaya namun sepakan Rudy Gestede (Cardiff) gagal. Stewart Downing dan Peter Whittingham dan Glen Johson berjaya menyerpurkan sepakan penalti mereka. Ketika ini kedudukan Liverpool 3 – 1 Cardiff. Namun sepakan Anthony Gerard untuk Cardiff gagal dan akhirnya Liverpool menang dengan keputusan 3-2.

SUMBER : WWW.AMMBOI.COM

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.