SENARAI PEMAIN IMPORT LIGA MALAYSIA 2012 | PENDAFTARAN PEMAIN IMPORT 2012 | Boleh dikatakan hampir kesemua negeri telah melengkapkan Senarai Pemain Import mereka untuk musim Liga Malaysia 2012. FAM membenarkan pendaftaran 2 orang pemain import namun ada pasukan yang mendaftarkan cuma seorang dan Kelantan pula mendaftarkan 4 pemain importnya yang mana 2 orang untuk Liga Malaysia manakala 2 orang lagi akan digunakan sebagai tenaga import tambahan untuk Piala AFC 2012.

Memetik laporan Sinar Harian Online, pendaftaran pemain import Liga Malaysia bagi musim 2012 secara rasminya telah ditutup berkuat kuasa semalam. Tetapi, setiap persatuan negeri tidak perlu resah mengenai perkara ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuka semula pendaftaran kali kedua pada 6 hingga 20 April 2012 tahun depan. Kini, beberapa negeri dan kelab dilaporkan berjaya mendapatkan khidmat pemain import bagi memperkasa pasukan masing-masing selepas kali terakhir kelibat awang import beraksi dalam kancah liga tempatan pada musim 2008. Berikut adalah senarai beberapa pasukan yang menggunakan khidmat mereka bagi musim depan.

SENARAI PEMAIN IMPORT LIGA MALAYSIA 2012

Kelantan FA

1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)

2. Emmanuel Okine (Ghana)

3. Denny Antwi (Ghana)

4. Zakaria Charara (Lubnan)

Terengganu FA

1. Jusio Nunis (Brazil)

2. Sibi Gwar (Nigeria)

Selangor FA

1. Ramez Dayoub (Lubnan)

2. Lelo Mbele (Congo)

Kedah FA

1. Daniel Baroni (Brazil)

2. Danilo Rafael (Brazil)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)

2. Bruno Martelotto (Argentina)

Perak FA

1. Lazar Popovic (Serbia)

2. Michal Kubala (Slovakia)

Negeri Sembilan

1. Marquem Goncalves (Brazil)

2. Emmanuel Owona (Cameroon)

T-Team FC

1. Zacharia Simukonda (Zambia)

2. Bojan Petrit (Bosnia)

Sabah FA

1. Brendan Gan (Australia)

2. Michael Baird (Australia)

Sarawak FA

1. Kalle Sone (Cameroon)

2. Guy Bwelle (Cameroon)

PKNS FC

1. Dawood Nicoise (Perancis)

Perlis FA

1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)

2. Lewis Henry (Sierra Leone)

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.