LEE CHONG WEI VS LIN DAN | SEPARUH AKHIR BADMINTON KEJOHANAN SIRI SUPER TERBUKA CHINA 26 NOVEMBER 2011

| Nov 26, 2011 | 0 Comments
  • SumoMe

LEE CHONG WEI VS LIN DAN | SEPARUH AKHIR BADMINTON KEJOHANAN SIRI SUPER TERBUKA CHINA 26 NOVEMBER 2011 | Datuk Lee Chong Wei sekali lagi berdepan halangan musuh ketatnya, Lin Dan pada perlawanan Separuh Akhir Kejohanan Siri Super Terbuka China hari ini. Perlawanan yang ramai anggap sebagai medan terbaik untuk Datuk Lee Chong Wei menebus 2 kekalahan berturut-turut kepada Lin Dan sebelum ini. Apatah lagi jika dapat mengalahkan Lin Dan di depan penyokongnya sendiri.

Sebelum ini, Lin Dan telah menghalang impian Chong Wei untuk merekodkan kejuaraan dunia pertamanya apabila menewaskan pemain No. 1 dunia itu 20-22, 21-14, 23-21 pada aksi final yang berlang- sung di London. Kehebatan jaguh perseorangan negara Tembok Besar itu diteruskan apabila turut berjaya menewaskan Chong Wei 21-16, 21-14 pada aksi separuh akhir Terbuka Hong Kong minggu lalu. Justeru, pertembungan kali ini merupakan peluang terbaik buat Chong Wei untuk menutup mulut pengkritik yang sering mempertikaikan statusnya selaku pemain No. 1 dunia setiap kali tumbang di tangan Lin Dan.


Tags: , , , , , , , , , ,

Category: BADMINTON

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *