HARIMAU MUDA MINTA MAAF EKORAN KEKALAHAN KEPADA SYRIA

| Nov 24, 2011 | 0 Comments
  • SumoMe

HARIMAU MUDA MINTA MAAF EKORAN KEKALAHAN KEPADA SYRIA | Faktor keletihan, gara-gara memerah keringat hampir dua minggu di Jakarta jelas memaparkan cerita perjuangan skuad Harimau Muda di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Skuad negara pimpinan Ong Kim Swee akur kepada kehebatan Syria (ranking ke-115 dunia) sebelum tunduk 0-1 dalam aksi kedua Kelayakan Olimpik 2012 untuk menambah perit cabaran peringkat kumpulan dengan menempah dua kekalahan berturut-turut.

Pada 22 September lalu, skuad negara yang kini berada dalam ranking ke-155 dunia tewas 0-2 kepada jaguh Asia, Jepun di tempat lawan. Ahad ini, Khairul Fahmi Che Mat dan rakan-rakan akan akan menempuh satu lagi halangan sukar apabila berdepan satu lagi wakil negara Teluk, Bahrain di gelanggang sama. Gol Syria dijaringkan Solaiman Solaiman minit ke-51 dan Nossouh Nakkdahli minit ke-87. Petikan : BHarian Online

P/S : HARIMAU MUDA TAK PERLU MINTA  MAAF KERANA MEREKA TELAH MEMBERIKAN PERSEMBAHAN TERBAIK WALAU KITA SEDARI MEREKA SEDANG EBRGELUT DENGAN MASALAH KECEDERAAN DAN KELETIHAN. SYRIA TU JER YANG AMBIL KESEMPATAN.


Tags: , , , ,

Category: OLIMPIK 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *