TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2011 NEGERI SEMBILAN VS TERENGGANU MULA DIJUAL ESOK | Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober 2011 ini. Penjualan tiket Final Piala Malaysia Negeri Sembilan vs Terengganu akan dijual mulai esok melalui persatuan bola sepak negeri masing-masing.  Tiket bagi semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini ditetapkan pada harga RM50.

Peminat serta penyokong kedua-dua pasukan juga boleh membeli tiket secara online melalui www.tickethotline.com.my. Penebusan tiket yang dibeli secara online hanya boleh dilakukan oleh orang yang membuat transaksi. Berkenaan harga tiket bagi ammboi agak mahal berbanding edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama. Ihsan : Ammboi Dot Com

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.