SKUAD OLIMPIK MALAYSIA SERTAI KEJOHANAN JEMPUTAN PIALA PERSEKUTUAN BOLA SEPAK VIETNAM (VFF) BERMULA 19 OKTOBER 2011 | Setelah cemerlang tanpa tonggak utama membenam cabaran Nepal petang tadi jurulatih skuad Olimpik Malaysia kini mahu menfokuskan Kejohanan Jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) yang akan bermula 19 Oktober 2011 hingga 23 Oktober 2011 ini.

Beliau masih lagi belum menamakan pemain yang akan dibawanya kesana, dan Ong Kim Swee memberitahu, senarai pemain yang akan mengibar cabaran negara pada kejohanan jemputan Piala Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) di Hanoi nanti hanya diketahui selepas perlawanan menentang Nepal nanti (mungkin malam ini atau esok). Semoga skuad Olimpik negara mampu memberikan cabaran yang sebaiknya disana untuk dijadikan bekal moral ke Sukan Sea Jakarta nanti.

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.