MALAYSIA VS AUSTRALIA 7 OKTOBER 2011 | SEMANGAT MEMBARA HARIMAU MALAYA! | HARIMAU MALAYA kini berada dalam keadaan penuh bersemangat, yakin dan cukup bersedia untuk bertembung pasukan ranking ke-19 dunia, Australia pada siri persahabatan antarabangsa di Stadium Canberra, esok. Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal menyuarakan betapa tiada tekanan yang perlu dipikul anak didiknya sebaliknya bakal tampil dengan aksi lebih tenang menentang pasukan kedua terbaik benua itu.

Pengendali berusia 55 tahun itu turut berkata suhu malam di Canberra yang agak sejuk dan mencecah sekitar 11 darjah Celsius tidak akan menyentap kesungguhan skuad senior negara untuk menjelmakan satu persembahan terbaik di gelanggang lawan nanti. Walaupun menganggap perlawanan ini cuma perlawanan persahabatan namun jurulatih skuad negara mahu melihat perkembangan anak-anak buahnya sepenjang perlawanan ini. Perlawanan esok bermula jam 8 malam waktu Australia iaitu bersamaan 5 petang waktu Malaysia.

Siaran Langsung Perlawanan Malaysia vs Australia 7 Oktober 2011 ada disiarkan disaluran Astro Arena 801 manakala saluran lain masih belum dipastikan lagi. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa kesemasa. Keputusan Semasa dan Terkini Perlawanan Malaysia vs Australia 7 Oktober 2011 juga akan disiarkan di blog ini begitu juga dengan Keputusan Penuh Perlawanan Malaysia vs Australia 7 Oktober 2011 akan dipublishkan apabila perlawanan tamat.

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.