SAFIQ RAHIM KE CARDIFF CITY OKTOBER INI BERSAMA SAFEE SALI | Bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim dijangka menjalani ujian percubaan dengan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia Oktober ini. Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu berkata beliau mendapat tawaran daripada kelab yang mendapat jolokan nama ‘Blue Birds’ itu pada 26 Ogos lepas. Namun beliau telah menangguhkan pemergiannya ke sana demi memberi fokus kepada pasukannya sekarang, Selangor dalam saingan Piala Malaysia 2011.

Sebelum ini, Safee yang kini bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia mencuba nasib dengan menjalani latihan ujian percubaan selama dua minggu dengan kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee. Bagaimanapun, hajat penyerang skuad negara itu untuk bermain dalam kelab berkenaan masih menemui jalan buntu ekoran peraturan permit kerja di United Kingdom. Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di ranking 70 terbaik dunia.

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.