KL FELDA UNITED VS NEGERI SEMBILAN | HOBENG JANG HOBENG MAMPU KE FINAL? | Corak persembahan yang konsisten pasukan Negeri Sembilan yang dinobatkan juara Kumpulan B memberi keyakinan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bahawa skuad Hoben Jang Hoben itu mampu melepasi cabaran pada peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua pemain telah mengharungi peringkat kumpulan dengan baik dan bersemangat tinggi bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Beliau yang melahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan pemain membuatkan beliau turut optimis pasukan itu mempunyai peluang cerah bukan sahaja melepasi separuh akhir, malah ke final. Katanya, pemain harus fokus dan berwaspada ketika bermain dalam perlawanan kalah mati suku akhir kerana kesilapan kecil boleh mengundang padah kepada pasukan.

“Syukur kita telah layak ke pusingan suku akhir. Negeri Sembilan mungkin boleh mencipta kemenangan apabila bertemu dengan Felda United nanti. Apa pun saya berharap pemain dapat mengekalkan rentak cemerlang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, PBNS kini sedang menjalankan rundingan dengan beberapa ejen dalam usaha mendapatkan khidmat pemain import antarabangsa untuk diserapkan ke dalam pasukan seba- gai persiapan menghadapi musim 2012. Katanya, usaha itu selari dengan peraturan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini yang membenar- kan penggunaan khidmat dua pemain import. Petikan Kosmo Online

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.