FAM SEDIA BANTU SAFEE SALI JIKA DAPAT TAWARAN CARDIFF CITY | Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji akan berusaha membantu pemain negara, Mohd. Safee Sali menyelesaikan masalah permit kerja dan visa sekiranya penyerang sensasi kebangsaan itu mendapat tawaran beraksi bersama kelab England, Cardiff City. Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengakui, memang agak sukar untuk Safee mendapatkan permit kerja dan visa berikutan peraturan yang telah lama dilaksanakan.

Begitupun ujarnya, masih ada peluang untuk menyelesaikan masalah terbabit melalui budi bicara antara FAM, Cardiff City dan juga Persatuan Bola Sepak England. Laporan akhbar sebelum ini melaporkan Safee mengalami kesukaran bagi menyarung jersi Cardiff gara-gara masalah permit kerja. Antaranya termasuklah ranking Malaysia yang ketika ini begitu jauh daripada syarat kelayakan kelompok 70 pasukan terbaik Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain perlu beraksi lebih 75 peratus dalam perlawanan berstatus A ketika mewakili pasukan kebangsaan. Sementara itu, Tien Ghee mengesahkan Safee akan menjalani ujian kedua dalam tempoh terdekat dan akan mengadakan perbincangan dengan kelab yang diwakili Safee, Pelita Jaya untuk membawa pemain kebangsaan itu ke Cardiff City. Sumber : Kosmo! Online

Penulis: suarasukan

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.